Monday 4 January 2021

Rindu nak tengok ombak dan laut ....sebaik aje school holiday starts, kami bercuti di Desaru.  Dulu sebelum covid muncul December 2019 kami sempat gak bercuti di Sungai Petani dan dok Park Avenue.  Kali ni teringin mandi air laut di Desaru pula. 

Biasalah my Darling drive and my elder son pun nak ikut.  He drive his own car.  Kali terakhir dia ikut kami bercuti di Redang Island.  Lepas tu dia sambung belajar di UITM dia busy ...jarang berpeluang join mama cuti-cuti.

Lotus Desaru Resort & Spa

Sampai dah lewat petang penat jauh ...agak2 6jam atas lebuhraya. Menginap di apartment 2 bilik...1 mlm sy booked thru resort website, 1 mlm booked thru agoda.  Total rm800++. Daftar check in & check out macam counter bank pula rasanya.  Kena ambil nombor.

Queuing system... check in/check out

Lobby area

Bilik best...aircond sejuk, reception tv channel not good. Wifi router dlm master room, 
Tak dibenarkan memasak tau. 


Anak cina ni peminat kuih talam

Kalau u peminat restoran mamak tentu suka breakfast di sini. Sy biasa2 je. Additional bayaran breakfast rm20 utk dewasa & rm10 utk kanak2.  Ada mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, roti canai, teh tarik, cereal, kuih talam, roti, peanut butter, telur mata.  Sy dpt meal voucher rm30 x 2 yg diberi daily.

Meal voucher

Dessert ni are not free


Supper pizza yg crunchy & teh tarik ni sedap tau

Splash 

Splash

Dapat 4 wristband utk ke Splash. Wristband ni blh tukar hari2 takyah bayar dah ...guna hingga habis menginap.  Kalau nak beli extra pun boleh bayar je rm4.70.  Nak towel ensure u bawa meal card utk varify ...sy tak bawa so tak dptlah ambil towel.  Anak sy tak minat sgt main air kolam lgpun org ramai sgt risau gak C19 ni...so kami gerak turun ke pantai main ombak laut.
  
Resort ni ada 2 lg swimming pool ....1 pool 5a dekat lobby area, 1 lg ada dkt 5b...rujuk map tu.

Layan indoor games pula...ada dart, snooker, football table, bayar deposit baru dibenarkan masuk.
Acah2 pro...buang tenaga la konon.  

Ingat mlm2 nak layan seafood tapi seafood restaurant ada serve vodka so terbantut selera...mujur baca dulu menu. 

Mujur gak tak booking homestay klu tak rugi takle mandi pantai sbb semasa pandu lalu dekat Pantai Desaru, ada penghadang dan ditutup daripada orang awam.  Kami round2 juga gi Tanjung Balau....pun pantainya ditutup dan ada notis naiktaraf.

Ada rezeki dapat i-Sinar nak bawa my family cuti jalan-jalan Langkawi lagi. Kena tunggu anak perempuan yg cantik tu selesaikan exam SPM nya in February ni. Mama and Daddy doakan kejayaan cemerlang princess kesayangan.  Aaminn. 

  Remains a positive aura.

Avoid gossip. Remove negative thoughts. Remain principled. Remain dignified. 





Wednesday 1 March 2017

System memang bagus....teratur dan sistematik. Cuma bila bisnes nak kaya.... kena jual sistem ...tu yang tak syok.  

Sure berlaku penindasan. Ada banyak business yang mana ahlinya kena jual sistem.

Ada modal saya nak fokus niaga emas ......sebab modal saya sendiri, penat pun saya sendiri.... kaya pun atas usaha saya sendiri kerana jujur itu mulia.

Sunday 8 January 2017

Pendek akal dan tak cerdik. Sudahlah miskin harta.... miskin pulak nilai murni. Patutlah awak tak kaya bawa kereta kancil buruk aje.  Patut pun customer awak lari. Mulut awak takde insurans.  Awak tu takde budi bahasa. 

Belajar hormat prospek baru kita layak jadi kaya. Kalau tak reti hormat pandangan dan pendapat prospek lupakan niat nak kaya because to be success in your business ... please establish a good rapport with your client and your networker.

Lagi satu kena ada sifat jujur bila berniaga.  Jangan cakap putar belit sangat tak profesionalisme. Kepercayaan pelanggan keutamaan kita.  Sekali aje awak tipu pelanggan dan prospek... mereka akan lari beralih pada peniaga yang jujur dan amanah. Biasanya prospek akan jadi follower setia pada peniaga yang tak menipu dan pembohong.  Adakala pelanggan tak heran pun produk yang dijual sebab pelanggan utamakan kecekapan dan kejujuran kita.  Jadilah trusted seller dan bukan pencuri duit orang lain. Faham!!!  




Wednesday 2 November 2016


Produk yang saya niagakan adalah logam paling berharga dan ada nilai iaitu emas.   Operasi emas saya cuma di rumah.  Lokasi office saya pun di rumah. 

Sejak bisnes emas Powergold …emas dah jadi kawan baik saya. Goldbar 10gm saya mesti ada dalam wallet. 

Syok you!!! bawa senyap-senyap dalam handbeg.  Terasa aura emas.  Duit ada beberapa ringgit dalam wallet tak kisah asalkan ada goldbar.

Takpe lah duit merosot dek subsidi tepung dah takde, minyak masak naik harga,  petrol naik lagi, tol pun bakal naik juga…saya pasrah. Nak buat camna lagi nanti bising-bising pemerintah kata tak bersyukur.  

Yang saya tahu saya mesti optimis kerana saya tak mampu kawal ekonomi negara.  Saya juga tak berupaya kawal inflasi. Cuma saya boleh atur urusan hidup saya.  Jadi ketika ini saya mesti bijak uruskan ekonomi hidup saya.  

Saya beli emas bukan untuk kebaikan hidup saya.  Saya beli emas bukan untuk suka-suka.  Saya beli emas bukan untuk menunjuk-nunjuk dan riak.   Saya menabung emas kerana saya yakin emas itu harta.  

#jelitawani #emastulen999

Dulu saya cuma tahu emas kegilaan orang perempuan.  Dulu saya fikir emas ni cuma perhiasan cantik-cantik untuk  perempuan.  Emak saya suka, kakak ipar saya suka, adik perempuan saya suka, saya pun memang suka emas…dan orang cina lagi lah suka pasal tulah mereka niaga emas. 


Dulu saya cuma tahu pakai emas.  Beli emas pakai emas.  Ada emas di badan nampak lah mewah dan kaya di mata.. kononnya lah.   Tu dulu la.

Niaga emas memang banyak ong.  Rezeki akan bersinar-sinar macam kilauan emas juga. Untung saya diberi peluang mengenali Powergold…syukur teramat sangat.   Boleh juga belajar ilmu emas.  Sabtu lepas saya ke Ipoh, Perak.  Sempatlah pelajari ilmu emas 6 dalam 1 bersama Mentor Emas, CEO Powergold.  Terima kasih Powergold kerana anjurkan seminar ini khusus untuk stokis. Walaupun hanya beberapa jam sangat bermanfaat ilmunya. Saya ketahui teknik beli surat pajak, beli emas terpakai, jual beli emas baru, kenali emas melalui teknik pembakaran api.

                 yang atas sekali emas korea dan last tu emas999
Sejak dah jadi tauke emas online..  saya faham fungsi emas. Rupa-rupanya ada banyak kebaikan emas.  Patutlah perempuan suka benar dengan emas.   Saya ada koleksi emas999 dan emas916.  Saya dah pandai manipulasi emas.  Yang syoknya emas saya boleh buat modal niaga.  Emas saya pajak kan di arrahnu.  Emas saya boleh bayar zakat tau.

Sekarang saya lebih faham kenapa emas dikategori emas999, emas950, emas916 dan lain-lain. Contoh dalam setiap 1kilogram emas916 ada 916gm logam emas999 dan selebihnya ialah tembaga dan besi.

Pesan CEO bila kita ada emas kita boleh bantu orang lain.  Bila kita ada modal kita boleh bisnes beli surat pajak.  Pada surat pajak biasanya ada 30% nilai berbaki emas.  Selalunya orang yang nak jual surat pajak ini terdesak. Semua tu cara buat duit.  Jadi kita tolonglah mereka.  Bila kita ada duit lebih kita juga boleh bisnes emas terpakai.  Macam-macam lagi lah kita boleh buat bila ada emas.   Kan dah untung.

Awak nak belajar ilmu emas nanti saya share lagi ya #jelitawani

Wednesday 12 October 2016



Kenapa saya beli emas. Nak tahu kisahnya. Sebabnya saya suka emas. Sebab saya tahu emas bawa tuah. Saya faham emas ada ong.  Saya yakin emas beri duit.  Ada emas buat saya gembira.

Bukan macam produk kecantikan atau barang makanan...emas bukan boleh basi kalau simpan lama-lama. 

Kalau tak laku dan tiada orang mau beli emas, saya tak risau pun sebab emas bukan ada tarikh luput.  Yang saya perhati stokis atau peniaga produk cantik-cantik tu ada saja promosi tawaran discount price sebab dia takut barangan jualan tak habis terjual....rugi besar tau!  Takkan dia nak makan minum produk kecantikan tu.  

Saya pula tak lah nak kasi harga diskaun macam penjual produk makanan kesihatan sebab lebih baik saya simpan sendiri.   Untung!! tau simpan emas banyak-banyak. Emas kan sukar turun harga...yang saya tahu harga emas naik dan naik lagi ada lah. 

Satu lagi kelebihan jual dan niaga emas...kita tak perlu ada testimoni hebat-hebat. Sebabnya ramai dah tahu dahsyat! bila ada emas.  Saya tak perlu promote diri...cukup hanya promote emas, bersilau-silau kilauan emas.

Hari ini emas dalam simpanan saya dah cecah 300gm lebih.  Takde pembeli takpe...tahun demi tahun emas akan naik harga.  Pasal tu lah saya suka beli dan sayang emas-emas saya. 

#stokispowergold
#jelitawani
#emasadaong
#emasbawatuah
#emasadamagnet
#emasituharta
#kedaiemasmagic
#auraemas
#masaituemas
#beliemasdapatduit




EMAS ADA ONG memang sukar menafikan kenyataan ini...sebab ia benar.   Begitu juga kebenaran ini yang orang bijak akan sentiasa berusaha perbaiki diri. Orang bisnes akan selalu cari peluang niaga.  Saya pula mesti ada yakin diri walaupun biasa kena 'reject'.

Hello! this is not end of the world.  Pada orang bijak penolakan itu biasa. Jadi jangan ambil kisah apa yang orang lain tidak suka kerana saya percaya emas ada ong. Tuah emas buat saya rasa bernilai.   


Friday 5 August 2016

Hah la!!! I ada Kedai Emas Magic.  Eh! eh! camna tu...???

Gini....kedai emas I ni operasinya 24jam.  Tak banyak overhead...murah daa.  Asalkan ada produk emas Powergold, ada smart handphone dan internet on.  Pasal tu la I kata Kedai Emas Magic. Tp larat ke you all nak kerja 24jam?  

Walaupun I cuma ada kedai emas online I bangga beb.  You ada?  Kalau takde toksah nak kutuk-keji usahawan macam I buat bisnes emas online tau!!  Sebab sekalipun I belum sekaya jutawan...I dah simpan emas999.  You? Harap tengok je lah...or sedang mengkaji emas or nanti dulu.  Kan.

#bakatcopywriting


Unordered List

FINDING INNER PEACE

Some people think they're so good, better than others but in life, we can't predict.

1st time achieve this award

Search Me

Contact Us

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

Popular Posts

Popular Posts

Text Widget