Monday, 4 January 2021

Rindu nak tengok ombak dan laut ....sebaik aje school holiday starts, kami bercuti di Desaru.  Dulu sebelum covid muncul December 2019 kami sempat gak bercuti di Sungai Petani dan dok Park Avenue.  Kali ni teringin mandi air laut di Desaru pula. 

Biasalah my Darling drive and my elder son pun nak ikut.  He drive his own car.  Kali terakhir dia ikut kami bercuti di Redang Island.  Lepas tu dia sambung belajar di UITM dia busy ...jarang berpeluang join mama cuti-cuti.

Lotus Desaru Resort & Spa

Sampai dah lewat petang penat jauh ...agak2 6jam atas lebuhraya. Menginap di apartment 2 bilik...1 mlm sy booked thru resort website, 1 mlm booked thru agoda.  Total rm800++. Daftar check in & check out macam counter bank pula rasanya.  Kena ambil nombor.

Queuing system... check in/check out

Lobby area

Bilik best...aircond sejuk, reception tv channel not good. Wifi router dlm master room, 
Tak dibenarkan memasak tau. 


Anak cina ni peminat kuih talam

Kalau u peminat restoran mamak tentu suka breakfast di sini. Sy biasa2 je. Additional bayaran breakfast rm20 utk dewasa & rm10 utk kanak2.  Ada mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, roti canai, teh tarik, cereal, kuih talam, roti, peanut butter, telur mata.  Sy dpt meal voucher rm30 x 2 yg diberi daily.

Meal voucher

Dessert ni are not free


Supper pizza yg crunchy & teh tarik ni sedap tau

Splash 

Splash

Dapat 4 wristband utk ke Splash. Wristband ni blh tukar hari2 takyah bayar dah ...guna hingga habis menginap.  Kalau nak beli extra pun boleh bayar je rm4.70.  Nak towel ensure u bawa meal card utk varify ...sy tak bawa so tak dptlah ambil towel.  Anak sy tak minat sgt main air kolam lgpun org ramai sgt risau gak C19 ni...so kami gerak turun ke pantai main ombak laut.
  
Resort ni ada 2 lg swimming pool ....1 pool 5a dekat lobby area, 1 lg ada dkt 5b...rujuk map tu.

Layan indoor games pula...ada dart, snooker, football table, bayar deposit baru dibenarkan masuk.
Acah2 pro...buang tenaga la konon.  

Ingat mlm2 nak layan seafood tapi seafood restaurant ada serve vodka so terbantut selera...mujur baca dulu menu. 

Mujur gak tak booking homestay klu tak rugi takle mandi pantai sbb semasa pandu lalu dekat Pantai Desaru, ada penghadang dan ditutup daripada orang awam.  Kami round2 juga gi Tanjung Balau....pun pantainya ditutup dan ada notis naiktaraf.

Ada rezeki dapat i-Sinar nak bawa my family cuti jalan-jalan Langkawi lagi. Kena tunggu anak perempuan yg cantik tu selesaikan exam SPM nya in February ni. Mama and Daddy doakan kejayaan cemerlang princess kesayangan.  Aaminn. 

Related Posts:

  • LUNCH MEE UDANG n LAWAT CHARCOAL FACTORY @ KUALA SEPETANG, PERAK contoh subjek ada beberapa kilang arang berdekatan 18 Dec 14.... Selepas overnight at hotel Yeob Bay Teluk Senangin, we all sambung journey to Kuala Sepetang.  1st time melawat kilang arang.  Jejalan bawa a… Read More
  • CUTI DI BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT, SEMANGGOL Yeah!! saya datang lagi  Lepas kehujanan di Zoo Taiping we all ke Bukit Merah Laketown Resort. Ni kali ke-5 I datang ke resort ni.  Dulu I pernah buat shooting dgn Zayn, hos Brunei utk program tv Periuk Malaysia … Read More
  • KEMBARA JAGUH KG 4 1st day recording @Gadek, Melaka Puas… dah selesai rakaman.  Start May 1st, 2014 jenuh sebulan bergerak ke 8 negeri.  Paling gembira sponspor happy  and have intention to  prolong the program, next ye… Read More
  • KERJA SAMBIL CUTI Le Meridien Kota Kinabalu..great, bilik spacious  My career in broadcasting industry....huh! selalu tak tentu masa.  Time kerja, otak kata focus.  Bila balik hotel ...relaxing moment.   Le Mer… Read More
  • RIAK vs UMPAT & CELARiak kah kita bila pandu motor kuasa besar, punya kereta mewah, ada rumah selesa yg dah habis hutang bank... syok you, bila bebas hutang, ... berpeluang melancong lihat negara luar... Hemm!! in my opinion, itu hak individu … Read More

0 comments:

Post a Comment

Unordered List

FINDING INNER PEACE

Some people think they're so good, better than others but in life, we can't predict.

1st time achieve this award

Search Me

Contact Us

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

Popular Posts

Popular Posts

Text Widget