excited faces |
Lepas isi minyak kami lunch ke Wan Thai Restaurant ....masakan siam. Area sini banyak restaurant. Setting restaurant menarik, sayangnya servis mengecewakan sebab kerabu mangga dihantar sesudah selesai makan. I minta pelayan tu bungkuskan. Time bayar I bersuara lah...so cashier tu deduct RM10...I bayar RM95 untuk minuman, jenahak, sotong gajus, sayur campur and nasi. Bila sampai Pantai Cenang, kerabu mangga yg dibungkus ni berair sangat dan rasanya dah tak sedap...so ke tong sampah je la.
Ni kali ke-5 ...I ke Langkawi. Berbeza sungguh Pantai Cenang....di kawasan sibuk. Deretan kereta and kedai makan pun banyak. Check in 3D2N Malibest Resort di Pantai Cenang....wifi slow and tv ada channel astro ria, which I tak minat. Pool ada tapi masih dlm selenggaraan. Resort berhadapan pantai, cuma park kereta ikut dan.. ada ruang kosong pandai2 la nak cari tempat parking. Mujur sewa myvi, kecil senang nak selit2.
Petang dari resort kami jalan kaki ke The Zon Duty Free and Coco Valley yang terletak bersebelahan Underwater World Langkawi. Seronok bila tengok banyaknya jenama chocolate. As usual mesti beli Ferrero Rocher & Daim. And my son said mother you bought diabetes. Beli lagi 1 beg sebab nak isi chocolate. On the way balik ke resort jumpa lak food truck pizza, beli 3 piece RM3 sekeping...coz anak suka makan pizza and we take a break at Chat Time, Cenang Mall. Di Cenang ada banyak shoplot, ada banyak fast food yang biasa kita jumpa di KL, so gerenti tak kan risau pasal makan.
Pantai Cenang memang lokasi ramai pengunjung...ada duit boleh buat macam2 aktiviti air...ada jet ski, terbang paragliding, banana boat. For me dapat lepak2 tengok pantai dan laut pun dah okay dah. Kata para ulama....salah satu perkara yang kita tengok dikira ibadah ialah tengok laut.... dan yg lagi 3 ialah tengok wajah ibu bapa, Al-Quran dan Ka'abah.
Saja2 nak jejalan pasar malam di Kuah kami ke pasar malam berdekatan My Hotel Langkawi dan Langkawi Baron Hotel. Anak2 beli cotton candy and beli ayam goreng ala uncle bob, harga lebih RM1.50. I cuba semangkuk laksa tapi kuah tak sedap. Beli sate, rasa okay lah. Hubby cari durian dan pulut. Kami bawa semua makanan tu ke tapak kedai makan di Jalan Pandak Mayah.
Day 2 @ Langkawi
Singgah lunch di Jom Ikan Bakar, Padang Matsirat near bulatan airport. (dari airport susur kiri ada Masjid Al Huda & beside Selera Akmal). Lunch hour...ramai sangat orang datang makan di sini, nak cari seat kosong, kena tunggu mereka sudah makan. Kena tunggu ikan bakar sebab takde sistem nombor ya, siapa cepat dia sambar. Cashier tu kata minuman air jus & air teh free amik sendiri, maybe dah include dalam makanan kot. For me biasa2 je makanan di sini...maybe sebab lapar kot tu yg ramai serbu kedai ni.
Then sambung journey ke Beras Terbakar....beras tu display dalam box. Lokasi ni lebih kepada peminat t'shirt, kain batik jawa, gamat & cenderahati. Penjualnya loghat siam...keturunan siam la tu. Share lokasi bersejarah untuk pengetahuan anak2...supaya senang faham. Then singgah Makam Mahsuri ...tiket dewasa RM10 and kid RM5.
Ketika nak ke Buffalo Park kami ikut laluan kampung ..pening gak cari lokasi ni sebab gps hilang arah. Tanya arah daripada makcik kampung...malangnya jalan ke Buffalo Park ada halangan oleh lori yang sedang punggah tiang. Ikut laluan lain....jumpa remaja kampung bawa pelancong pandu ATV. Belok nya belok jumpa lah lokasi ni. Sebelum masuk jumpa kerbau bayar entrance ticket ..then tahan aje lah bau. Sebelum blah cuba rasa ice cream susu kerbau, especially yogurt flavor sedap... rasa gelato pun ada, rasa tuffi fruiti pun ada.
Info di Pantai Pasir Hitam |
Penat jejalan malam di sekitar Jalan Cenang kami makan malam ...jenahak bakar, sup sayur campur, sotong goreng tepung, daging halia di Restoran Haji Ramli. Bagi foodie senang je nak cari makan...ada Arab cuisine, India, Chinese, Itali, masakan siam, burger, pizza dll.
0 comments:
Post a Comment